Nike ialah sebuah syarikat multinasional Amerika yang terlibat dalam reka bentuk, pembangunan, pembuatan dan pemasaran serta penjualan kasut, pakaian, peralatan, aksesori dan perkhidmatan di seluruh dunia. Syarikat itu beribu pejabat berhampiran Beaverton, Oregon, di kawasan metropolitan Portland. Ia merupakan pembekal kasut dan pakaian olahraga terbesar di dunia dan pengeluar utama peralatan sukan.